" along!!! tengok angah ni!!" rungutan alang seolah-olah capek/letih dengan sikap angah.. angah nuur hafizah binti ramdhan seorang yang ceria, petah bercakap dan kadang-kadang(selalu jugak la) emosi.. walau apapun, angah mempunyai kelebihan dalam bidang penulisan yang cukup membanggakan aku sebagai Naqibahnya.. namun, dia la penceria suasana sehinggakan kami letih untuk melayan keletah si angah ni..semalam, angah telefon konon nye mengunakan perkhidmatan celcom YESRM2.. itulah semangat sangat dia telefon, kalau tak.. urm.. tak tahu la bila pulak boleh dengar suara dia..
satu kegembiraan yang tidak dapat aku gambarkan bila Allah mengurniakan anak-anak Usrah yang sudi menerima aku sebagai along mereka..
pagi tadi, tepat jam 2.48.. aku menalifon anak usrah (adik)rabiatul adawiyah binti zahid ku yang berada di Yaman.. ceria suaranya menyebabkan aku sayu untuk berkata-kata.. adik yang sudah berumah tangga baru-baru ini dan diijab kabul di terengganu. meneruskan perjuangannya di Yaman bersama suami tercinta. aku melamarnya untuk menjadi satu usrah yang telah terbina bersama teman-teman seperjuangan nya yang telah menjadi anak usrah ku..alhamdulillah, pelawaan ku disambut girang dan kini tautan ukhuwah kami yang makin erat menjadi kekuatankepada aik beradik lain.. alhamdulillah
alang, nuur syafinaz binti abirerah pula seorang yang agak manja ditambah pula dengan ego yang hanya mudah lentur apabila orang-orang tertentu yang mengusik keegoannya..
tidak banyak yang aku mampu tafsir kan kerana dia ni seorang yang sangat subjektif.. sifat kepimpinan yang terserlah dari lahiriah kerana mendapat tarbiyah terus dari keluarga..
mereka bertiga dulu.. nantikan seterusnya, 7 lagi.. tak boleh cerita tentang acik tanpa ateh.. uda dan andak saling tak tumpah, ucu dan anjang mempunyai perancangan yang sama..special for anik yang jauh meninggal kan kami kerana cita-cita( tak la jauh sangat pun, pahang je.. hehe)
No comments:
Post a Comment