Wednesday, January 19, 2011

Mengintai Sat!!

Bismillahirrahmanirrahim...
tangan ku menjengah ke keyboard yang telah usang bagaikan telah lama ku tinggalkan... setelah lama tak update, terasa kosong melihat pengisian blog ni.. bukan lah pengisian yang cuba ku sampaikan, namun luahan dan perkongsian sahaja yang ingin ku lakarkan agar ku peroleh kekuatan.. ameen..

***

banyak persoalan yang berlegar di kotak fikiran ku sejak akhir-akhir ini... betulkah? betulkah? betulkah aku bersedia????? ku tinjau umur ku yang masih panjang dan banyak lagi percaturan yang harus ku laksanakan..tanggungjawab yang menggunung sebagai anak kepada kedua orang tua ku, adik kepada kakak dan abangku, pelajar kepada guruku dan yang paling penting taklifat sebagai hamba Allah tidak pernah ada penghujungnya... adakah aku bersedia memikul satu lagi tanggungjawab yang bakal membahu ku... iaitu sebagai seorang isteri.. aku dilamar untuk menjadi teman sehidup semati.. debar jantungku... bimbang akan taklifat yang cuba menjengah ku ini.. bagaimana aku harus menhadapi mereka ini??? ya!!! hanya lah kekuatan istikharah dari Allah.. mohon kekuatan dari hambaMU yang lemah ini...

***

akhirnya, ku panjat kan setinggi-tinggi doa untuk menyelimutu tubuh ku dengan iman.. ameen