Thursday, December 9, 2010

DI SAAT UKHUWAH DAN TARBIYAH BERSATU, MEHNAH BUKAN LAGI MEMBATU..

YA ALLAH, tidak ku terdaya lagi, menahan dugaan yang mencabar ini, terasa bagai duka telah ku temui..BERAKHIR SEGALA YANG TELAH KU MULAI....

Bismillahirrahmanirrahim, ku mulakan dengan lafaz bismillah supaya apa yang cuba aku coretkan ini bukanlah hanya coretan kosong, namun.. biarlah ia menjadi satu pintu untuk aku menggapai redha Allah..

buat mereka insan yang ku kasihi,
izinkan aku meminjamkan bahu ku untuk kau jadikan tempat untuk jatuhnya air matamu.. makin hari, aku rasakan betapa erat nya ukhuwah ini antara kita.. semakin aku merasakan kau jauh, semakin itu kita kuat bersatu.. tarbiyah kita di bumi barakah ini berbeza.. kau di uji dengan taklifat, aku diuji dengan fitnah yang datang tanpa aku pinta..

ukhuwah ini sangat subjektif untuk aku lafazkan, disaat aku diterjah mehnah dan tribulasi fitnah, aku makin makin kuat bila ukhuwah dan terbiyah yang menemani ku. kini, kami "kakak-kakak dan abang-abang" memegang tampuk kepimpinan. adik beradik usrah ku sudah mula mengisi kekosongan kerusi2 EXCO PERKEMAT. sahabat karib ku sudah mula berpindah jawatan daripada timbalan bendahari kepada timbalan pengerusi IRSYAD.Begitu juga adik beradik seperjuangan aku berada di pelbagai kerusi, doaku ntunna kuat dengan bertemankan ukhuwah kita dan tarbiyah yang mendidikmu.. Salam juang buat mu adik beradik ku..

No comments:

Post a Comment