Saturday, March 26, 2011

..::::kini kembali:::..

Bismillahirrahmaanirrahim..

Perjalanannya bermula semasa di kampus... ratusan manusia dari berlainan warna dan berlatar belakangkan dari keluarga yang berbeza beratur panjang dengan wajah girang, ada juga yang monyok kepanasan... setiap dari mereka sibuk mengemaskini borang-borang agar tiada yang tercicir...ada juga yang sudah siap bersedia untuk mendaftarkan diri... kaki melangkah ke dalam dewan utama dengan wajah tersenyum...menoleh kiri dan kanan kerana terpaksa meninggalkan kedua ibu bapa... kaki terus melangkah, tangan dihayun mencari tempat kosong... sedang majlis berlansung, semua pelajar diminta berikrar dengan penuh iltizam dan semangat...


5 bulan kemudian...

"baru 5 bulan sudah bermacam-macam masalah yang berlaku, MANA JANJI DAN IKRAR KAMU?" soal seorang pensyarah di situ... mereka semua masih meneruskan pembelajaran walaupun ada beberapa rakan yang terpaksa menarik diri di medan perjuangan di situ keran kampus lain lebih memerlukan pendakwah seperti mereka...perjuangan harus diteruskan..."adik-adik, apa itu hasanatul abrar, saiyiatul muqarrabin???" soal seorang senior semasa tazkirah asar berlansung...tidak puas senior itu menerangkan agar mereka faham apa yang cuba senior itu sampaikan....mereka disambut dengan solat berjemaah, tazkirah, usrah dan pelbagai lagi makanan rohani agar rohani senantiasa kenyang...indahnya jika berada ditempat mereka...

6 bulan kemudian

"adik-adik, pertahankan ukhuwah kamu agar tidak jadi seperti kami" sayup lontaran nasihat itu kedengaran seolah-olah satu harapan agar umat Islam bersatu...namun,malangnya apabila nasihat dianggap bebelan kosong yang hanya hinggap ditelinga... puas mungkin...tidak jemu nasihat dan teguran... sekali lagi, malangnya ianya dianggap perkara remeh...mereka kini berlumba-lumba menghabiskan muqarrar...ada juga yang jauh ketinggalan... tidak hairan perkara ini berlaku...kerana sudah menjadi tradisi...

4 bulan kemudian

"advance nya sem kamu" perli seorang senior... kenapa timbul persoalan ini???... rupanya kelahiran blog, program-program yang menjadi isu ikhtilat apabila dianjurkan bawah semester menjadi perhatian mereka yang berada diatas...argh!!!!hiraukan... mereka terus kan hal mereka sehingga tubuhnya 1..."adik, kami ni diketepikan ke?"... macam-macam persoalan yang dikeluarkan..namun kata mereka???? argh!!!biarkan...

4 bulan kemudian

kini, tiada lagi persoalan yang timbul kerana mereka lah yang bakal menerajui kampus kerana ketiadaan kakak-kakak dan abang-abang...persoalannya kini???? imbau kembali ketika awal menjejakkan kaki di kampus, apakah makanan yang disuap kedalam hati mereka????kini, giliran mereka untuk menyuap adik-adik yang bakal mendaftar tidak lama lagi, bersediakah mereka dengan sikap yang ada pada mereka sekarang ini??? ibadah apakah yang ingin dikongsikan jika masjid kini lopong??? tazkirah apakah yang ingin disampaikan jika mereka tidak menghidupkan apa yang telah diperjuangkan sejak dahulu lagi???ilmu apa yang hendak diberikan jika buku hanya berhabuk di almari????masjid kini sunyi dengan gema suara-suara pejuang...


PERSOALANNYA SIAPAKAH MEREKA????????!!!!!! KITA WAHAI ADIK BERADIK IRSYAD...KITA LAH YANG BAKAL MENERUSKAN PERJUANG KAKAK DAN ABANG YANG TELAH JAUH MENINGGALKAN KITA... SEHINGGA TERASA SEPERTI MEREKA MEMBAWA BIAH SOLEHAH BERSAMA MEREKA...

FIKIR-FIKIRKAN...

~hati yang rindu kan tarbiyah~

No comments:

Post a Comment